Friday, March 13, 2015

PERATURAN MAKMAL SAINS




PERATURAN MAKMAL SAINS
1.       Kebenaran guru handaklah diperolehi sebelum memasuki makmal sains
2.       Peralatan dan bahan sains dalam makmal sains tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru sains.
3.       Peralatan dan bajan sains hanya boleh digunakan atas arahan guru.
4.       Semua peralatan dan guru.
5.       Semua radas handaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.
6.       Peralatan yang rosak atau pecah perlu dilaporkan dengan segera kepada guru.
7.       Sebarang kemalangan yang berlaku perlu dilaporkan dengan segera kepada guru.
8.       Murid dikehendaki menjaga kebersihan dan susunan perabot supaya kemas dan teratur.
9.       Penunu Bunsen hendaklah dinyalakan hanya dengan pemetik api.
10.    Sebarang benda yang masih menyala atau berbara tidak boleh dibuang ke dalam tong sampah.
11.    Elakkan membuang sebarang sampah dalam bentuk pepejal ke dalam sinki. Sisa-sisa bahan sains hendaklah dibuang ke dalam bekas yang berlabel sisa bahan.
12.    Hanya buku dan peralatan belajar sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam akmal sains semasa pengajaran dan pembelajaran sains.
13.    Bahan dan alat dalam kit Pertolongan Kecemasan boleh digunakan dengan ebenaran dan pengawasan guru.
14.    Murid dilarang bermain-main dan berlari-lari di dalam makmal sains.

PENGGUNAAN BAHAN KIMIA

1.       Baca label pada botol reagen dengan teliti untuk memastikan bahawa bahan kimia yang akan digunakan itu adalah betul.
2.       Gunakan bahan kimia mengikut keperluan sahaja semasa menjalankan amali.
3.       Gunakan spatula sahaja untuk mengambil bahan kimia pepejal.
4.       Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup dengan segera selepas digunakan.
5.       Dilarang menghidu dan merasa sebarang bahan kimia kerana bahan kimia adalah beracun dan mengkakis.

PENGGUNAAN BAHAN BIOLOGI

1.       Spesimen biologi  jenis bukan perosak yang masih hidup hendaklah dikembalikan semula ke habitatnya.
2.       Specimen yang sudah dibedah hendaklah dikumpulkan dan ditanam.
3.       Jangan buka piring petri yang mengandungi  kultur mikrooganisma.
4.       Jika piring petri yang mengandungi mikro organism retak atau pecah, ianya hendaklah dilaporkan kepada guru dengan segera.

CIRI-CIRI KHAS HAIWAN MELINDUNGI DIRI DARIPADA MUSUH


CIRI KHAS HAIWAN MELINDUNGI DIRI DARIPADA DISERANG MUSUH

BERDURI TAJAM




Ikan Buntal (Diodon nichthemerus) adalah haiwan dengan ukuran sedang untuk ukuran ikan.Ikan ini mempunyai kemampuan mengembangkan tubuh beserta duri-duri yang melindunginya ketika terancam. Pertama-tama ikan ini akan menyerap air di sekitarnya untuk mengembangkan tubuhnya hingga mencapai 2 kali besar asalnya, kemudian ikan ini menegakkan duri-durinya sebagai usaha perlindungan dari sergapan predator.




1. Landak

Siapa yang tidak mengetahui dan mengenal landak, tubuh haiwan ini seluruhnya ditutupi oleh duri-duri tajam sepanjang 63-91 cm yang membuatnya sangat sukar untuk diserang oleh predator mahupun haiwan lain. Landak adalah haiwan yang melindungi dirinya dengan cara bergantung duri-durinya baik saat siap atau tidak siap. Menjadikan haiwan ini berada di peringkat 1 dalam senarai ini.


Cangkerang ialah bahagian keras pada badan sesetengah haiwan seperti siput, kura-kura, penyu dan sebagainya. Fungsi cangkerang ialah untuk melindungi haiwan tersebut daripada musuh (haiwan pemangsa).



                     tanduk tajam - Sesetengah haiwan jantan mempunyai tanduk tajam di kepala. Haiwan ini menggunakan tanduk untuk menyerang atau mencederakan musuhnya. Contoh: rusa, kerbau, kambing, badak sumbu










                    sengat atau taring berbisa - Sesetengah haiwan mempunyai sengat atau taring yang mengeluarkan bisa. Bisa ini boleh menyebabkan kesakitan dan kematian kepada musuhnya. Contoh: kala jengking, lebah, labah-labah, lipan, ular tedung














TINGKAH LAKU KHAS HAIWAN MELINDUNGI DIRI DARIPADA MUSUH

1     MENGGULUNG BADAN
  
      -Ulat gonggok dan tenggiling menggulung badannya apabila rasa terancam bagi melindungi diri daripada bahaya.


Ulat gonggok menggulungkan badan

Tenggiling menggulungkan badan


      5.    PENYAMARAN
            
     -Sesetengah haiwan berupaya menukar warna badannya serupa dengan persekitaran dan sesetengah haiwan bersepadu dengan persekitarannya.
      
     -Teknik penyamaran digunakan untuk menyembunyikan diri daripada musuh dan mangsa.

       

     -Harimau dan kuda belang mempunyai jalur supaya dapat bersembunyi di dalam semak.
            
Harimau

Kuda belang












 4.    MENANGGALKAN EKOR
            
     -Cicak menanggalkan ekornya apabila diserang oleh musuh.





Cicak menanggalkan ekor
  5.    MENYOROK DI DALAM CANGKERANG

        -Siput babi dan kura-kura menyorokkan kepala dan kaki di dalam cangkerang  apabila diserang oleh musuh.

Siput babi menyorokkan badan dalam cangkerang

Kura-kura menyorokkan kepala, kaki dan tangan dalam cangkerang








  6.
    HIDUP DALAM KUMPULAN

      -Sesetengah haiwan tinggal dan bergerak dari satu tempat ke tempat lain dalam  kumpulan. Ini membenarkan haiwan ini mempertahankan diri bersama-sama ketika  dalam bahaya.

      -Contoh haiwan yang hidup berkumpulan ialah gajah, kuda belang dan singa

 Sekumpulan gajah

Sekumpulan kuda belang



Tuesday, March 10, 2015

Tajuk 1 Tahun 5 : KEMAHIRAN SAINTIFIK





KEMAHIRAN SAINTIFIK 


Pembelajaran merupakan proses menyiasat alam sekitar melalui kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Kaedah ini memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif di samping mendapatkan ilmu. 


 Kemahiran  Proses Sains


  • Memerhati 


Menggunakan penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpul maklumat tentang objek atau fenomena. 



  •  Mengukur dan Menggunakan Nombor Dengan menggunakan alat dan radas. 



  •  Membuat Inferens 


Membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian dan bukti. 



  •  Berkomunikasi 


Mengemukakan idea melalui tulisan, graf, jadual dan rajah. 



  •  Mengelas 


Mengumpul objek berdasarkan ciri yang sepunya. 



  •  Meramal dan Membuat Hipotesis 


Membuat jangkaan dan penerangan tentang sesuatu peristiwa. 



  •  Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa 


Memperlihatkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahan mengikut masa. 



  •  Mentafsir Maklumat 


Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada maklumat yang dikumpul. 



  •  Mendefinisi Secara Operasi 


Memberi definisi tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan.



  •  Mengawal Pembolehubah Dalam sesuatu penyiasatan 


satu pembolehubah dimanipulasi untuk memerhati hubungannya dengan pembolehubah yang lain. Pada masa yang sama, pembolehubah yang lain dimalarkan. 



  •  Membuat Hipotesis 


Sesuatu kenyataan umum yang ditakrifkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini perlu diuji untuk membuktikan kesahihannya.



  •  Mengeksperimen 


Menguji sesuati hipotesis yang melibatkan kemahiran - kemahiran proses di atas.


 Kemahiran Manipulatif 


 Merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid: 


• menggunakan dan mengendalikan peralatan sains dan bahan dengan betul;

 • menyimpan peralatan sains dan bahan dengan betul dan selamat; 
• membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul;
 • mengendalikan spesimen hidup dengan betul dan cermat; 
• melakar spesimen, bahan dan peralatan sains dengan tepat.