KEMAHIRAN SAINTIFIK
Pembelajaran merupakan proses menyiasat alam sekitar melalui kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Kaedah ini memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif di samping mendapatkan ilmu.
Kemahiran Proses Sains
- Memerhati
Menggunakan penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpul maklumat tentang objek atau fenomena.
- Mengukur dan Menggunakan Nombor Dengan menggunakan alat dan radas.
- Membuat Inferens
Membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian dan bukti.
- Berkomunikasi
Mengemukakan idea melalui tulisan, graf, jadual dan rajah.
- Mengelas
Mengumpul objek berdasarkan ciri yang sepunya.
- Meramal dan Membuat Hipotesis
Membuat jangkaan dan penerangan tentang sesuatu peristiwa.
- Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa
Memperlihatkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahan mengikut masa.
- Mentafsir Maklumat
Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada maklumat yang dikumpul.
- Mendefinisi Secara Operasi
Memberi definisi tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan.
- Mengawal Pembolehubah Dalam sesuatu penyiasatan
satu pembolehubah dimanipulasi untuk memerhati hubungannya dengan pembolehubah yang lain. Pada masa yang sama, pembolehubah yang lain dimalarkan.
- Membuat Hipotesis
Sesuatu kenyataan umum yang ditakrifkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini perlu diuji untuk membuktikan kesahihannya.
- Mengeksperimen
Menguji sesuati hipotesis yang melibatkan kemahiran - kemahiran proses di atas.
Kemahiran Manipulatif
Merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid:
• menggunakan dan mengendalikan peralatan sains dan bahan dengan betul;
• menyimpan peralatan sains dan bahan dengan betul dan selamat;
• membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul;
• mengendalikan spesimen hidup dengan betul dan cermat;
• melakar spesimen, bahan dan peralatan sains dengan tepat.
10Q
ReplyDeletenice
good...well i will practice my sains...cuz my sains result is too low...plz do the math plz...nice websie..
ReplyDelete